Taman Bunga Terbesar Dunia Di Padang Pasir Dubai
Siapa sangka bahawa taman yang paling
indah di dunia boleh didapati di tanah padang pasir yang kering? Dubai
Taman Keajaiban memang satu keajaiban, sekeping syurga di bandar di mana
segala-galanya adalah mungkin. Ia mempunyai keluasan sebanyak 72,000
meter persegi, dengan 4 laluan km, 1 km bunga dinding dan lebih 45 juta
bunga!
Dubai Miracle Garden adalah taman bunga terbesar di dunia.
bermacam-macam seperti hati, bintang, igloo (rumah khas masyarakat
kutub), piramid, dan lain-lain.
Dubai Miracle Garden dibuka tepat pada Hari Valentine, 14 Februari 2013
lalu. Nama syarikat pemaju taman bunga ini adalah Akar. Mereka
mengatakan, bukannya tak boleh mengembangkan sebuah oasis di tengah
gurun pasir, melalui penggunaan air limbah dan pengairan.
Tidak hanya indah, display bunga di Dubai
Miracle Garden akan terus berganti setiap musimnya. Pelawat boleh
mendapatkan pengalaman baru di dalam setiap musim. Kalau di Eropah
bunga-bunga mati akibat musim sejuk, justeru di Dubai, puncak musim
sejuk adalah waktunya bunga tumbuh subur. Sebaliknya, Dubai Miracle
Garden akan tutup pada puncak musim panas.
Setelah dibuka tengah bulan Februari,
taman bunga ini akan tutup pada akhir Mei dan dibuka semula bulan
Oktober, anda mempunyai sekurang-kurangnya 3 bulan untuk menikmati taman
bunga gergasi di Timur Tengah ini. Harga tiket masuknya yakni 20 Dirham
untuk dewasa dan kanak-kanak di atas 3 tahun.
No comments:
Post a Comment