Ada
yang berbeza dengan pemandangan padang pasir Lencois Maranhenses di
Brazil. Pelancong pasti tak percaya akan adanya ratusan lagun yang
airnya sangat jernih dan muncul di tengah padang pasir. Sesiapa pun
bebas berenang di sana. taman negara yang dilindungi ini terbentang di 4
bandar yakni Humberto de Campos, Primeira Cruz, Santo Amaro dan
Barreirinhas. Lencois Maranhenses yang luasnya 1,000 km persegi ini
sudah terbentuk ribuan tahun lalu di negara tropika Brazil.
Semasa
musim hujan besar-besaran di setiap awal tahun, padang pasir ini mampu
menampung hujan sehingga membentuk lagun di tengah padang pasir putih
lembut. Air hujan itu akan membentuk lagun berwarna toska tab pantai di
antara bukit pasir. Lagun cantik itu dihuni oleh beribu-ribu jenis ikan
warna-warni yang berenang bebas. Tetapi ada pemandangan yang berbeza
apabila anda berkunjung di musim kemarau. Lagun-lagun itu perlahan
menghilang dan menguap. Ketika itu padang pasir kelihatan kering
kontang.
Lebih mengagumkan lagi, apabila musim kemarau
datang, ikan-ikan masih boleh bertahan di lagun. Selain lagun, ada juga
hutan bakau, pokok palma, sisa-sisa pokok kering dan Sungai Preguicas
yang menghiasi panorama sekitar Taman Nasional Lencois Maranhenses. Ada
beberapa lagun besar dengan hiasan alam paling cantik di padang pasir
ini. Misalnya Blue Lagoon dan Seagull Lagoon. Ramai pelancong dari
serata dunia yang tidak mahu ketinggalan sewaktu bercuti di sana dan
pastinya berenang di lagun itu. Sebaiknya anda datang ke sana pada bulan
Mei-September. Sebab, lagun tersebut akan membentuk sempurna dan anda
boleh bebas berenang di sana.
No comments:
Post a Comment