Powered By Blogger

Saturday, 21 June 2014

Aduhai Dunia

NILAI – “Ya Allah, Ya Rabbi, Ya Rahman... kenapa jadi macam ini? Tolong panggil orang hospital.’’
Itulah ungkapan menyayat hati sekumpulan anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen yang sangat terkejut apabila mereka menemui seorang remaja lelaki yang menderita kurus kering di dalam sebuah bilik di flat Taman Semarak di sini awal pagi kelmarin.

Mangsa yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) diselamatkan oleh pasukan Jabatan Imigresen yang memecah masuk rumah di tingkat satu flat berkenaan semasa melakukan Operasi Bersepadu 6P bagi memburu Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di kawasan berkenaan.

Ketika serbuan pada pukul 2.30 pagi itu, tiada individu lain di dalam rumah berkenaan dan mangsa ditempatkan di dalam sebuah bilik tidak bertingkap di ruang tengah. Rumah itu mempunyai tiga bilik.
Semasa ditemui mangsa yang berketurunan Bajau dari Sabah memakai seluar dan baju T namun pakaian itu sudah mereput dipercayai akibat terlalu lama dibiarkan bercampur najis dan sisa air kencing.

Malah sebaik sahaja ditemui, remaja malang itu tidak sabar untuk keluar dari bilik dengan mengesot sedikit demi sedikit sampai keluar dari bilik tidak bertingkap itu.
Lebih menyedihkan dia cuba menyuarakan sesuatu tetapi yang kedengaran hanya bunyi ‘aaa, aaaa, aaa’ kerana dia sebenarnya tidak boleh bercakap.

No comments:

Post a Comment