Kisah Mayat Kanak - Kanak Berusia Hampir Seratus Tahun Masih sempurna
Pada kebiasanya, mumia sudah banyak mengalami kerosakan di tubuhnya.
Namun lain halnya dengan mumia yang satu ini. Ia dikenali dengan Rosalia
Lombardo.
Bila melihat gambarnya, kita mungkin seperti melihat
foto gadis kecil sedang tidur. Padahal, siapa sangka dia adalah mumia
dari tahun 1920?
Rosalia Lombardo adalah mumia paling sempurna
dan utuh yang pernah ditemui sepanjang sejarah. Ia meninggal pada usia 2
tahun akibat jangkitan paru-paru. Si ayahnya sangat bersedih dan
meminta Alfredo salafia untuk memumiakan putrinya.
Ia ingin gadis
kecil itu selalu utuh sehingga tak merasa jauh dari putrinya. Hingga ke
hari ini, mumia ini adalah yang paling awet dan sempurna yang pernah
ada. Ia seperti gadis kecil yang sedang tidur dan tak pernah membusuk.
Menurut kajian, awetnya tubuh Rosalia Lombardo kemungkinan kerana
penggunaan formalin, alkohol dan glycerin. Semuanya untuk mencegah
tubuhnya membusuk dan menyusut. Kerana keunikan mumia ini, ia disebut
sebagai sleeping beauty of the Capuchin Catacombs.
Kini,mumia Rosalia Lombardo disimpan di sebuah bilik bawah tanah di
Itali Selatan. Ada sebuah isu misteri bahawa beberapa orang pernah
melihat Rosalia Lombardo sedikit membuka matanya.
Lokasi ini juga
menjadi salah satu pusat sejarah bagi pelancong kerana mereka ingin
menyaksikan sendiri susuk mumia yang tidak mengering ini.
No comments:
Post a Comment