Maho Beach adalah pantai paling ekstrim di dunia. Pantai tersebut berada
tepat di hujung landasan pesawat sehingga setiap hari ada ratusan
pesawat yang akan mendarat melintas tepat di atas kepala para pelancong
yang sedang berjemur!
Maho Beach berada di kepulauan Caribbean
tepatnya di pulau Saint Martin. Sebuah pulau unik yang setengahnya
dimiliki oleh Perancis dan setengahnya lagi oleh Kerajaan Belanda. Maho
Beach sendiri berada di wilayah milik Kerajaan Belanda yang pada tahun
2010 menjadi wilayah autonomi Kerajaan Belanda dengan nama Sint Maarten.
Sint Maarten yang letaknya berada di kepulauan Caribbean menjadi salah
satu destinasi pelancongan bagi warga Eropah. Salah satu daya penarik
popular di Sint Maarten adalah Maho Beach, iaitu sebuah pantai yang
berada tepat di hujung landasan kapal terbang. Kerana landasan pesawat
yang pendek, kira-kira 2180 meter, pesawat yang akan mendarat harus
melakukan pendaratan terbang rendah untuk mencapai landasan. Pendaratan
inilah yang menjadi daya tarik tersendiri bagi para pelancong di Maho
Beach.
No comments:
Post a Comment