Menara Condong Pisa (dalam Bahasa Itali:
Torre pendente di Pisa) atau biasa disebut The Tower of Pisa (La Torre
di Pisa) adalah sebuah menara loceng dari sebuah gereja di bandar Pisa,
Itali. Menara ini terletak di belakang gereja dan merupakan struktur
ketiga di Campo dei Miracoli (keajaiban dunia) Pisa.
Walaupun permulaannya dibina secara menegak, menara itu mulai condong ke
arah tenggara setelah pembinaan dilakukan pada tahun 1173 yang tak
sempurna.
Tinggi menara tersebut adalah 55,86m dari permukaan tanah di sisi
terendah, dan 56,70 m di sisi yang tertinggi. Lebar tapak bangunan itu
adalah 4,09 m dan lebar puncaknya adalah 2,48 m. Berat menara ini
dianggarkan 14,500 tan dan mempunyai 294 anak tangga.
Pembinaan Menara Pisa dibina dalam tiga tahap, yang memakan masa
kira-kira 200 tahun. Pembinaan marmar putih di lantai pertama bermula
pada tarikh 9 Ogos 1173, pada masa kejayaan ketenteraan dan kemakmuran
Itali. Tingkat pertama ini dikelilingi oleh beberapa tiang dan walaupun
kedudukannya condong, namun tetap tahan selama berabad-abad.
Ada kontroversi mengenai identiti arkitek yang membina Menara Condong
Pisa. Selama bertahun-tahun, reka bentuk tersebut diyakini dibuat oleh
Guglielmo dan Bonanno Pisano, artis tempatan kenamaan di abad ke-12,
yang terkenal dengan karya gangsanya, khususnya pada karyanya Pisa
Duomo.
Bonanno Pisano meninggalkan Pisa di tahun 1185 dan berpindah ke
Monreale, Sicilia, namun kemudian kembali lagi dan meninggal di tanah
kelahirannya itu. Makamnya ditemui di bawah pada tahun 1820.
Menara itu pertama kali condong setelah
siap tingkat ketiga dibina pada tahun 1178, kerana amblasnya asas
sedalam tiga meter, akibat pergerakan tanah. Ini bermakna bahawa reka
bentuk dari menara tersebut telah cacat sejak awal awalnya.
Pembinaan dihentikan sementara selama hampir seabad lamanya, kerana
penduduk Pisa hampir terlibat peperangan dengan Genoa, Lucca dan
Florence. Selama masa di hentikan, struktur tanah di bawahnya telah
kembali stabil. Dan di tahun 1198, dipasang jam untuk sementara pada
bangunan yang masih belum siap itu.
Pada tahun 1272, bangunan itu disambungkan kembali oleh Giovanni di
Simone, arkitek dari Camposanto. tingkat keempat dibina untuk
mengimbangi cerun menara ini. Pembangunan semula dihentikan pada tahun
1284, ketika Pisa ditakluk oleh Genoa dalam Pertempuran Meloria.
Pembinaan menara loceng ini tidak terhenti hingga tahun 1372. Selepas
itu, Tommaso di Andrea Pisano berjaya menyelesaikan elemen-elemen Gothic
dari menara tersebut, dengan memberikan sentuhan gaya Rom. Terdapat
tujuh loceng pada menara tersebut, yang masing-masing mewakili not pada
nada. Loceng yang terbesar dipasang pada tahun 1655.
No comments:
Post a Comment