BAGI
kebanyakan individu, pastinya membeli botol susu dan pemegang puting
bertatahkan emas itu sesuatu yang membazir dan keterlaluan.
Namun, lain pula halnya bagi ibu dalam kalangan elit dan bangsawan
apabila beranggapan botol susu plastik tidak memberi sebarang makna
dalam kehidupan mereka.
Bagi mereka, tidak salah untuk
berbelanja mewa semata-mata untuk mendapatkan botol susu istimewa yang
boleh mencecah harga hingga, £166,000 dan £83,000.
Pengeluar
botol susu itu berharap emas 18 karat dan berlian yang terdapat pada
botol susu berkenaan dapat bertahan dengan suhu dalam pemanas botol.
Botol
susu istimewa itu didatangkan dalam lima saiz berbeza, bermula dengan
saiz 25 mililiter (ml) dijual pada harga £83,000, manakala £166,000 pula
bagi saiz 200ml.
Pembeli boleh memanjakan insan yang mereka sayang dengan membuat rekaan dan ukiran yang ditempah khas.
Bukan
itu sahaja, syarikat pengeluar turut mengeluarkan puting istimewa serta
penggantung puting khas untuk memudahkan si ibu ketika menjaga bayi
mereka.
Botol susu mewah itu dikeluarkan oleh Suommo, yang
turut menghasilkan rekaan menarik katil, buaian yang diinspirasikan
daripada patung Russia dan pereka barangan kemas berpengalaman.
Jurucakap
firma mewah yang terbabit dalam penghasilan produk itu berkara,
"Kilauan emas merah jambu pada botol susu dan puting berkenaan dapat
menyentuh hati ibu bapa pada pandangan pertama.
"Rekaan kami
adalah hasil kerja seni yang sebenar, mereka sanggup mengorbankan masa
yang agak lama untuk mendapatkan rekaan yang eksklusif dan elegan,
katanya.
Sebagai syarikat daripada jenama popular, matlamat kami untuk memenuhi permintaan pelanggan yang sentiasa mahukan kelainan.
"Justeru, produk keluaran kami menekankan konsep mewah dan rekaan yang eksklusif.
"Pereka barang kemas yang paling berpengalaman mengukir menggunakan
emas putih, emas merah jambu dan berlian," katanya.mstar.com.
Wednesday, 25 June 2014
Sunday, 22 June 2014
Penemuan Rangka Raksasa Kaum Ad' Umat Nabi Hud as.
Aktiviti
eksplorasi gas wilayah selatan gurun pasir Arab baru-baru ini menemui
tengkorak manusia bersaiz raksasa sangat mengejutkan. Wilayah di gurun
pasir Arab selatan ini disebut "Penempatan kosong" (Empty Quarter atau
Rab al-Khaliy). Fosil manusia raksasa itu ditemui oleh Pasukan The Aramco Exploration.
Sebegaimana
yang dinyatakan oleh Allah SWT dalam Al-Quran bahawa DIA pernah
menciptakan manusia bersaiz besar. Mereka adalah kaum 'Ad dimana Nabi
Hud AS diutus di situ untuk menyeru manusia pada kebenaran. Tubuh mereka
bersaiz besar, sangat tinggi dan kuat kerana itu mereka boleh memeluk
sebuah pohon besar dan mencabutnya.
Kemudian,
setelah Allah memberi kekuatan pada mereka dengan melebihkan mereka
dari umat yang lain, mereka berbalik menjadi umat penderhaka,
mendustakan serta menentang kenabian Nabi Hud AS. Sebagai hukuman,
mereka kemudian diseksa oleh Allah SWT. Para Ulama Arab Saudi meyakini
penemuan ini adalah kaum 'Ad dari zaman Nabi Hud tersebut.
Demi
keselamatan tapak arkeologi tersebut, tentera Arab Saudi telah menjaga
kawasan penemuan ini dan tak seorang pun dibenarkan memasuki lokasi
kecuali para pegawai eksplorasi Aramco.
Ada
sesetengah pihak yang cuba menafikan penemuan ini dengan mengatakan
bahawa gambar ini adalah 'super impose'. Ini adalah cubaan penafian dari
pihak yang ingin menentang kebenaran sejarah yang sebenarnya. Mereka
lebih gemar dan taksub kepada sejarah yang mengatakan manusia hasil dari
evolusi monyet dan beruk. Jadi apa pilihan kamu?
Penemuan Arkeologi di Kota Iram
Pada
awal tahun 1990 muncul keratan akhbar dalam beberapa surat khabar yang
terkemuka di dunia yang menyatakan "Kota Legenda Arabia yang Hilang
Telah Ditemui", "Kota Legenda Arabia Ditemukan", "Ubar, Atlantis di
Padang Pasir." Yang membuat penemuan arkeologi ini lebih menarik adalah
kenyataan bahawa bandar ini juga disebut dalam Al-Quran. Ramai
orang, yang sejak dahulu beranggapan bahawa kaum 'Ad sebagai-mana
diceritakan dalam Al Quran hanyalah sebuah legenda atau beranggapan
bahawa lokasi mereka tidak akan pernah ditemui, tidak dapat
menyembunyikan kehairanan mereka atas penemuan ini. Penemuan bandar ini, yang hanya disebutkan dalam cerita lisan Suku Badwi, membangkitkan minat dan rasa ingin tahu yang sangat mendalam.
Nicholas Clapp, seorang arkeolog amatur yang menemui kota legenda yang disebutkan dalam Al Quran ini. Sebagai
seorang Arabophile dan pembuat filem dokumentari berkualiti, Clapp
telah menjumpai sebuah buku yang sangat menarik selama penelitiannya
tentang sejarah Arab. Buku ini berjudul Arabia Felix yang ditulis oleh seorang peneliti Inggeris bernama Bertram Thomas pada tahun 1932. Arabia Felix adalah wakil Rom untuk bahagian selatan semenanjung Arabia yang sekarang ini merangkumi Yaman dan sebahagian besar Oman. Bangsa Yunani menyebut daerah ini "Eudaimon Arabia". Sarjana Arab abad pada pertengahan menyebutnya sebagai "Al-Yaman As-Sa'idah" 20.
Semua nama tersebut bermaksud "Arabia yang
Beruntung ", kerana orang-orang yang hidup di daerah tersebut di masa
lalu dikenali sebagai orang-orang yang paling beruntung pada zamannya. Jadi apakah yang untung itu?
Keberuntungan
mereka sebahagian berkaitan dengan kawasan mereka yang strategik
menjadi perantara dalam perdagangan rempah ratus antara India dengan tempat-tempat di utara semenanjung Arab. Di
samping itu, orang-orang yang berdiam di daerah ini menghasilkan dan
mengedarkan "frankincense" sejenis getah wangi dari pokok langka. Kerana sangat disukai oleh masyarakat kuno, tanaman ini digunakan sebagai dupa dalam berbagai upacara keagamaan. Pada saat itu, tanaman tersebut sekurang-kurangnya sama berharganya dengan emas.
Thomas
memaparkan tentang suku-suku yang "beruntung" ini dengan panjang lebar
dan menyatakan bahawa ia telah menemui jejak sebuah bandar purba yang dibina oleh salah satu dari suku-suku ini. Itulah bandar yang dikenali suku Badwi dengan sebutan "Ubar". Pada salah satu perjalanannya ke daerah tersebut, orang-orang Badwi yang hidup di padang pasir itu menunjukkan pusat-pusat usang dan menyatakan bahawa pusat-pusat tersebut mengarah ke bandar kuno Ubar. Thomas, yang sangat berminat dengan perkara ini dan mahu mengkaji lebih dalam lagi.
Clapp, setelah mengkaji tulisan Thomas, yakin akan kewujudan bandar yang hilang tersebut. Tanpa banyak membuang masa, beliau memulakan penelitiannya. Clapp membuktikan kewujudan Ubar dengan dua cara. Perta-ma, ia menemukan pusat-pusat yang menurut suku Badwi benar-benar ada. Ia meminta NASA (Badan Luar Angkasa Nasional Amerika Syarikat) untuk menyediakan foto satelit daerah tersebut. Selepas rundingan yang panjang, beliau berjaya memujuk pihak yang berkuasa untuk memotret daerah tersebut.
Clapp meneruskan mempelajari pelbagai manuskrip dan peta kuno di perpustakan Huntington di California. Tujuannya adalah untuk menemukan peta dari daerah tesebut. Setelah melalui penelitian singkat, ia menemukannya. Yang ditemuinya adalah sebuah peta yang dilukis oleh Ptolomeus, ahli geografi Yunani-Mesir pada tahun 200 M. Pada peta ini ditunjukkan lokasi sebuah bandar tua yang ditemui di daerah tersebut dan jalan-jalan yang menuju ke kota tersebut.
Sementara itu, beliau menerima khabar bahawa NASA telah melakukan pemotretan. Dalam
foto-foto tersebut, beberapa pusat kafilah dapat di lihat, suatu hal
yang sulit untuk dicari dengan mata kasar, tetapi boleh dilihat sebagai
satu kesatuan dari luar angkasa. Dengan
membandingkan foto-foto ini dengan peta tua yang di tangannya, akhirnya
Clapp menjumpai kesimpulan yang ia cari: pusat-pusat dalam peta tua
sesuai dengan pusat-pusat dalam gambar yang diambil dengan satelit. Tujuan akhir dari jejak-jejak ini adalah sebuah tapak yang luas yang ditengarai dahulunya merupakan sebuah bandar.
Akhirnya, lokasi bandar legenda yang menjadi subjek cerita-cerita lisan suku Badwi dijumpai. Tidak berapa lama kemudian, penggalian bermula dan peninggalan dari sebuah bandar mulai tampak di bawah gurun pasir. Demikianlah, bandar yang hilang ini disebut sebagai "Ubar, Atlantis di Padang Pasir".
Lalu, apakah yang membuktikan bandar ini sebagai bandar kaum 'Ad yang disebutkan dalam Al Quran?
Begitu runtuhan-runtuhan mula digali, diketahui bahawa bandar yang
hancur ini adalah milik kaum 'Ad dan berupa tiang-tiang Iram yang
disebutkan dalam Al Quran, kerana di antara pelbagai struktur yang
di-gali terdapat menara-menara yang secara khusus disebutkan dalam
Al-Quran . Dr. Zarins,
seorang ahli pasukan kajian yang memimpin penggalian mengatakan bahawa
kerana menara-menara itu disebut sebagai bentuk khas bandar 'Ubar,
dan kerana Iram disebut mempunyai menara-menara atau tiang-tiang, maka
itulah bukti terkuat setakat ini, bahawa tapak yang mereka gali adalah
Iram, bandar kaum 'Ad yang disebutkan dalam Al Quran:
Apakah
kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum 'Ad,
(iaitu) penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi yang
belum pernah dibangun (suatu kota) seperti itu, di negeri-negeri lain. (QS. Al-Fajr, 89: 6-8)
Saturday, 21 June 2014
Aduhai Dunia
NILAI – “Ya Allah, Ya Rabbi, Ya Rahman... kenapa jadi macam ini? Tolong panggil orang hospital.’’
Itulah ungkapan menyayat hati sekumpulan anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen yang sangat terkejut apabila mereka menemui seorang remaja lelaki yang menderita kurus kering di dalam sebuah bilik di flat Taman Semarak di sini awal pagi kelmarin.
Mangsa yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) diselamatkan oleh pasukan Jabatan Imigresen yang memecah masuk rumah di tingkat satu flat berkenaan semasa melakukan Operasi Bersepadu 6P bagi memburu Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di kawasan berkenaan.
Ketika serbuan pada pukul 2.30 pagi itu, tiada individu lain di dalam rumah berkenaan dan mangsa ditempatkan di dalam sebuah bilik tidak bertingkap di ruang tengah. Rumah itu mempunyai tiga bilik.
Semasa ditemui mangsa yang berketurunan Bajau dari Sabah memakai seluar dan baju T namun pakaian itu sudah mereput dipercayai akibat terlalu lama dibiarkan bercampur najis dan sisa air kencing.
Malah sebaik sahaja ditemui, remaja malang itu tidak sabar untuk keluar dari bilik dengan mengesot sedikit demi sedikit sampai keluar dari bilik tidak bertingkap itu.
Lebih menyedihkan dia cuba menyuarakan sesuatu tetapi yang kedengaran hanya bunyi ‘aaa, aaaa, aaa’ kerana dia sebenarnya tidak boleh bercakap.
Itulah ungkapan menyayat hati sekumpulan anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen yang sangat terkejut apabila mereka menemui seorang remaja lelaki yang menderita kurus kering di dalam sebuah bilik di flat Taman Semarak di sini awal pagi kelmarin.
Mangsa yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) diselamatkan oleh pasukan Jabatan Imigresen yang memecah masuk rumah di tingkat satu flat berkenaan semasa melakukan Operasi Bersepadu 6P bagi memburu Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di kawasan berkenaan.
Ketika serbuan pada pukul 2.30 pagi itu, tiada individu lain di dalam rumah berkenaan dan mangsa ditempatkan di dalam sebuah bilik tidak bertingkap di ruang tengah. Rumah itu mempunyai tiga bilik.
Semasa ditemui mangsa yang berketurunan Bajau dari Sabah memakai seluar dan baju T namun pakaian itu sudah mereput dipercayai akibat terlalu lama dibiarkan bercampur najis dan sisa air kencing.
Malah sebaik sahaja ditemui, remaja malang itu tidak sabar untuk keluar dari bilik dengan mengesot sedikit demi sedikit sampai keluar dari bilik tidak bertingkap itu.
Lebih menyedihkan dia cuba menyuarakan sesuatu tetapi yang kedengaran hanya bunyi ‘aaa, aaaa, aaa’ kerana dia sebenarnya tidak boleh bercakap.
Wednesday, 18 June 2014
[ Wajib Baca ] - Kisah Disangka Orang Gila Rupanya Insan Yang Amat Mulia - Kisah Dikongsi Bersama
Gambar hiasan |
Duduk bersandar di tiang bazar dekat dengan kerusi aku. Terdetik dalam hati, apa pakcik ni kelaparan. Orang gila pun lapar, masih tetap manusia. Aku pesan satu lagi nasi minyak. Pesanan aku sampai ke meja. Terus aku beri pada pakcik tadi. Tuan kedai terkejut dan mengangkat tangan melambai seolah2 memanggilku. Aku pun balas tunggu skejap.
Pakcik tadi tenung aku sambil berkata "pakcik dah makan nak.. terima kasih nak.." Dalam hati terdetik sungguh indah bahasa pakcik yang ku sangka gila tadi. Aku bangun dengan kecewa kerana pesanan aku tidak dijamah oleh pakcik. Lalu aku pergi kepada tuan kedai yang memanggil ku tadi.
Ada apa pakcik? Pakcik kedai balas: Jangan bagi dan suruh dia makan kat sini, nanti customer pakcik lari. Aku tersentap. Dan spontan aku membalas. "Jika orang ini ayah kandung pakcik, pakcik halau tak dia?" Pakcik tu diam. Takpe pakcik, saya akan bayar ansuran kalo pakcik rugi hari ni. Saya nak tanya, betul ke pakcik td tu sudah makan? Pakcik kedai jawab, tidak. Dari mula pakcik buka kedai pukul 6.30 tadi pakcik kopiah tu duduk kat tiang tu.
Dalam hati kecil ni cakap, tak pernah aku jumpa pakcik gila semulia ini. Tidak mengemis, tidak pula meminta. Aku pegi semula pada pakcik kopiah tu. "Pakcik, saya sunyi makan sorang2, pakcik teman saya makan jom." Pakcik tu akur dengan pelawaan aku kerana kesungguhan aku. Ramai yang beralih meja kerana bau pakcik tu, namun kerana ingin menjaga hati orang tua yang aku tak kenal, aku tahan bau itu.
Lega tengok pakcik tu makan dengan sangat sopan. Aku lontarkan beberapa soalan pada pakcik tu. Pakcik dari mana, tinggal dimana? Pakcik tu jawab. Pakcik merantau cari redha Allah. Aku terkejut. Dalam hati aku dah syak bukan2. Kot2 wali ke ni? Mana keluarga pakcik?
Pakcik dibuang oleh keluarga pakcik kerana sekeping geran tanah. Kenapa pakcik? Apa masalahnya? Pakcik sedekahkan geran itu untuk seseorang untuk dibangunkan pondok2 mengaji. Keluarga pakcik terus buang pakcik. Allah...
Pakcik tinggal dimana? Pakcik tu diam tak menjawab. Masa terlalu singkat untuk aku menyambung urusan kerja. Aku panggil pakcik kedai untuk kira. Semuanya berharga RM 11.60. Aku celup dompet aku, dan aku lupa yang aku hanya bawa RM 5.00. Aduh.... Pakcik tu nampak raut wajah muka aku seolah2 melihat masalah dalam dompetku. Pakcik tu mencelah. Nak, ambil duit ni, pakcik bayarkan.
Nak tau ape? pakcik keluarkan satu sampul surat sebagai dompet dia (macam dompet TGNA), dalam tu duit seratus setebal setengah inci, dan satu kad BSN dan i.c lama (pakcik tu bekas tentera laut).. Satu kedai dia bayarkan. Allah.. Satu kedai hairan apabila pakcik kedai tu announce yang makanan semua sudah dibayarkan oleh pakcik kopiah tadi. Masing2 semua pandang aku dan pakcik kopiah. Dengan tiba2 pakcik kopiah angkat tangan dan berdoa dengan suara yang agak sederhana kuat, aku pun turut angkat sama. Dan paling terharu apabila aku dengar suara "amin....." dengan suara yang ramai. Bila aku berpaling ke belakang, satu kedai mengangkat tangan bersama pakcik kopiah tu.. Ada yang bangun mendekati kami berdoa dekat2.
Terasa sangat gemuruh dan terharu dengan keperibadian orang yang ku sangka gila ini rupanya seorang guru agama!! Ada yang menangis kerana doa oleh sang guru itu sungguh merdu.. Kecoh seketika.. Selesai
berdoa, aku bersalam dengan pakcik tadi dan ucap terima kasih dengan harapan dapat jumpa lagi. Aku terus berjalan ke motor aku. Aku berpaling ke belakang, semakin ramai yang berkerumun pada pakcik tadi. Aku senyum tanda puas bahawa orang sekeliling mula mendekati pakcik. Aku buka semula dompet aku kerana aku simpan kunci motor dalam tu.
Nak tau apa? Aku terkejut kerana ada 2 keping duit seratus dan satu nota kecil yang bertulis: "Ambil duit ni buat beli susu anak dan buah delima untuk orang rumah anak yang mengidam.." Aku terkaku, dan terus pandang ke arah tempat pakcik tadi. Beliau sudah tiada disitu. Aku terus pakai helmet dan tutup pemuka helmet. Aku menangis kerana terharu dan sangat bersyukur. Bagaimana dia tahu aku dalam kesusahan...
Ya Allah.. Kau peliharakanlah pakcik itu..
Sebarkan.. Seburuk mana pun luaran seseorang jangan sesekali menghina kerana siapa tahu dia lebih mulia dari kita di sisi Allah SWT. -
Kilang Proses Spaghetti Cara Tradisional Di Indonesia - Anda Berminat Makan ?
Bagaimana proses mengeluarkan spageti
berbeza mengikut kreativiti dan kaedah masing-masing. Tetapi pemprosesan
spageti di Indonesia agak unik kerana ia masih menggunakan cara
tradisional.
Subscribe to:
Posts (Atom)